bila sahabat aku sayang

Anda hebat ,andai tidak membeda-bedakan layanan terhadap sahabat-sahabat anda tetapi tidak aku. Aku tidak mampu kerana bukan semua orang boleh menjadi sahabat sejati melainkan hanya sekadar 2-4 orang.

Bila aku sayang sahabat sejati
Andai dia berduka, pasti aku turut berduka
Pasti aku turut merasa kesedihannya

Bila aku sayang sahabat sejati
Andai dia gembira, pasti aku turut gembira
Dukanya dukaku, gembiranya gembiraku

Bila aku sayang sahabat sejati
Andai dia kekurangan duit, pasti akan ku beri duitku padanya walau aku juga kekurangan duit
Biar aku berlapar agar dia kekenyangan

Bila aku sayang sahabat sejati
Walau sebanyak mana pun kekurangannya
Pasti aku terima dengan hati terbuka
Kerana sayangnya aku padanya mengatasi kekurangan yang ada padanya

Bila aku sayang sahabat sejati
Walau sekerap mana aku disakiti olehnya
Pasti cepat aku memaafkannya
Kerana aku tidak mau kehilangan sahabat sepertinya

Bila aku sayang sahabat sejati
Andai dia meminta pertolongan, pasti akanku tolong walau aku keletihan
Kerana pasti tatkala itu dia dalam kesusahan
Jadi aku mau merasa kesusahannya agar bebannya berkurang
Biar kami sama-sama susah, sama-sama senang

Bila aku sayang sahabat sejati
Andai dia perlukan aku namun kami berjauhan
Pasti aku akan berusaha agar aku dapat pergi kepadanya
Walau apapun keadaannya, agar kehadiranku itu menjadi kegembiraan buatnya dikala aku diperlukan

Bila aku sayang sahabat sejati
Pasti aku gembira tatkala berada di sisinya
Apa lagi andai dia berjauhan denganku kerana telah selesai belajar
Pasti tatkala kami mempunyai masa bersama
Tiap detik bersamanya sangat membahagiakan aku
Sangat nikmat bagiku

Bila aku sayang sahabat sejati
Aku tidak kisah andai dia tidak menjadi pendengarku yang baik
Kerana cukuplah dia tetap bersama dan sudi bersahabat denganku

Bila aku sayang sahabat sejati
Aku tidak kisah andai dia menyakiti hatiku
Asal aku dapat menjaga hatinya

Bila aku sayang sahabat sejati
Walau sesibuk mana
Andai aku diperlukan olehnya
Pasti aku akan meluangkan masa sebaik mungkin
Agar dirinya merasa senang dengan kehadiranku

Bila aku sayang sahabat sejati
Andai dia demam
Pasti aku ingin menjaganya sehingga dia sembuh
Pasti aku akan cuba meluangkan masa melawat dan menjaganya walau aku kesibukan

Bila aku sayang sahabat sejati
Andai dia berkeinginan makan sesuatu
Pasti aku akan masak untuknya dan belajar andai aku tidak tahu cara untuk memasaknya
Agar keinginannya aku dapat penuhi yang akan menggembirakan hatinya

Bila aku sayang sahabat sejati
Pasti setiap saat bersamanya sangat nikmat bagiku

Bila aku sayang sahabat sejati
Pasti aku suka memberi dan menghadiahkan sesuatu
Walau sekecil mana pun
Asal dia gembira dengan pemberianku biarpun dia tidak meminta

Kerana prinsipku..buatlah yang terbaik buat sahabat walau tidak dibalas kerana ia mengajar aku arti ‘IKHLAS’..banyak memberi, kurangkan meminta..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s